Anak-anak mati dibunuh pengasuh, bapa dengar raungan isteri dalam mel suara
Agensi
Mac 15, 2018 20:00 MYT
Mac 15, 2018 20:00 MYT
Seorang bapa memberitahu mahkamah hari ini dia mendapat berita dua anaknya mati dibunuh oleh pengasuh mereka selepas mendengar jeritan isterinya menerusi rakaman mel suara sejurus sejurus mendarat di lapangan terbang.
Kevin Krim yang mendarat di Lapangan Terbang John F Kennedy di New York selepas pulang dari urusan perniagaan terkejut apabila melihat telefonnya penuh dengan mesej dan panggilan dari ahli keluarga dan rakan-rakan yang turut risau dengan kejadian tersebut.
Sejurus tiba, dia didekati dua pegawai polis yang tidak memakai baju seragam yang kemudian membuka mel suara yang ditinggalkan isterinya, Marina.
Terkejut, Krim hampir rebah kerana tidak percaya bahawa dua anaknya, Leo, dua tahun, dan Lulu, enam tahun, telah ditikam oleh penjaga mereka Yoselyn Ortega di kediaman mereka.
Mayat kanak-kanak tersebut ditemui dalam keadaan berdarah oleh ibu mereka, Marina, setelah dia pulang ke apartmen mereka di Manhantan.
Polis menemui sebilah pisau yang ditinggalkan di sebelah sinki oleh suspek, Ortega, yang turut cuba membunuh diri dengan mengelar lehernya namun gagal.
Krim menceritakan semula detik paling mengharukan dalam hidupnya itu sewaktu dipanggil menjadi saksi dalam perbicaraan kes pembunuh anak-anaknya di mahkamah baru-baru ini.
Sementara itu Ortega telah mengaku menyebabkan kematian dua kanak-kanak tersebut pada Oktober 2012 dengan tikaman tetapi tidak menerima tuduhan membunuh dan telah merayu atas alasan tidak waras.
Peguam-peguamnya turut tidak menidakkan bahawa dia bertanggungjawab menyebabkan kematian mereka namun berkata Ortega mempunyai masalah mental dan tidak memahami beban tanggungjawab perbuatannya.
Tambah mereka pembunuhan tersebut adalah suatu perbuatan tidak waras.
Mr Krim, sewaktu menceritakan detik-detik dia mendapat tahu berita tersebut, memberitahu mahkamah bahawa dia hampir pitam dan meraung di lapangan terbang pada hari itu.
"Saya menagis teresak-esak. Saya meracau ke sana sini kerana saya tidak mahu sesiapa menyentuh saya. Tiada siapa yang tahu lebih lanjut mengenai apa yang berlaku pada saat itu tetapi mereka beritahu saya bahawa penjaga mereka telah membunuh anak-anak saya," katanya.
Kehadiran Krim ke mahkamah pada Selasa lalu menyebabkan ramai dalam kalangan ahli juri mengalirkan air mata.
Perbicaraan bersambung.