Amsterdam gesa penjawat awam henti gunakan Telegram

Amanz
Ogos 21, 2024 12:00 MYT
Larangan itu dibuat selepas aplikasi Telegram dikaitkan dengan kontroversi sebagai tempat pelindungan selamat untuk penggodam, penjenayah siber serta pengedar dadah.
MAJLIS Perbandaran Amsterdam menggesa anggota Kabinet serta kakitangan peringkat tertinggi untuk berhenti menggunakan aplikasi Telegram kerana kebimbangan terhadap aktiviti jenayah dan risiko pengintipan.
Bagaimanapun sebenarnya ia telah dilaksanakan sejak April namun tidak didedahkan kepada umum sehinggalah dilaporkan beberapa sumber pada Isnin.
Larangan itu dibuat selepas aplikasi Telegram dikaitkan dengan kontroversi sebagai tempat pelindungan selamat untuk penggodam, penjenayah siber serta pengedar dadah.
Keadaan yang sama turut berlaku di Perancis tahun lalu, yang kemudian menyarankan supaya penjawat awam menggunakan Olvid atau Tchap – aplikasi yang dibangunkan khusus untuk penjawat awam tiga tahun lalu – sebagai aplikasi pemesejan bagi tujuan rasmi.
Selain Telegram, aplikasi beli-belah Temu dan AliExpress turut diklasifikasikan sebagai sangat berisiko. - Amanz
#Amsterdam #Telegram #isu keselamatan #risiko pengintipan
;