Amerika tidak terlibat dalam serangan Israel ke atas Iran - White House
Agensi
Oktober 26, 2024 08:00 MYT
Oktober 26, 2024 08:00 MYT
WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) menegaskan, tidak terlibat dalam operasi tentera Israel terhadap Iran, kata seorang pegawai kanan pentadbiran negara itu.
“Kami memahami Israel sedang melakukan serangan bersasar terhadap sasaran tentera di Iran sebagai latihan mempertahankan diri dan sebagai tindak balas kepada serangan peluru berpandu balistik Iran terhadap Israel pada 1 Oktober.
“Kami akan merujuk anda kepada kerajaan Israel untuk maklumat lanjut mengenai operasi mereka,” kata Sean Savett, jurucakap Majlis Keselamatan Negara White House, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan. - Agensi