Amerika Syarikat umum sekatan perjalanan baharu ke atas Korea Utara
Bernama
Ogos 3, 2017 15:56 MYT
Ogos 3, 2017 15:56 MYT
Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) pada Rabu menjelaskan sekatan perjalanan baharu ke Korea Utara diambil atas sebab, "risiko serius serta peningkatan penangkapan dan penahanan jangka panjang terhadap rakyat AS," lapor agensi berita China Xinhua.
Sehubungan itu, rakyat AS yang ingin ke Korea Utara, perlu mendapatkan pasport khas dan pengeluarannya adalah terhad serta hanya untuk situasi tertentu sahaja, kata jabatan berkenaan dalam satu kenyataan.
Sekatan baharu berkuatkuasa pada 1 September, rakyat Amerika yang berada di Korea Utara diminta meninggalkan negara itu sebelum tarikh kuatkuasa.
Pada 27 Julai lepas, Dewan Senat AS meluluskan rang undang-undang untuk mengenakan sekatan baharu lebih ketat terhadap Rusia, Iran dan Korea Utara.
-- BERNAMA
#Amerika Syarikat
#AS
#Dewan Senat AS
#jabatan negara
#Korea Utara
#Rang Undang-Undang
#sekatan perjalanan