“Kami bersetuju mengenai kepentingan kumpulan pembebas Syria melindungi orang awam dan mematuhi norma kemanusiaan antarabangsa.
“Kami berjanji untuk terus bekerjasama untuk memastikan ketidakstabilan di Syria tidak mengancam misi
Defeat-ISIS kami atau sekutu dan rakan kongsi kami di rantau ini,” tulis Austin dalam hantaran di aplikasi X.
“Negara kita akan terus bekerjasama untuk mematahkan keganasan dan memastikan keselamatan pasukan masing-masing,” tambahnya.
AS dan Turkiye kedua-duanya menyokong kumpulan pembebas di Syria, yang sebahagiannya telah menentang antara satu sama lain sepanjang perang saudara selama 13 tahun di negara itu. - Al Jazeera