Amerika Syarikat isytihar darurat, catat kes ketujuh koronavirus
Astro Awani
Januari 31, 2020 06:38 MYT
Januari 31, 2020 06:38 MYT
AMERIKA Syarikat (AS) mengesahkan kes koronavirus yang ketujuh yang berlaku di negara itu.
Individu berkenaan berasal dari Santa Clara, California dan hasil ujian pemeriksaan dia positif koronavirus.
Perkara itu diumumkan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC).
Ia menjadikan setakat ini tiga kes koronavirus di California, satu kes di Washington, satu kes di Arizona dan dua kes di Illinois.
Dalam perkembangan sama, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengumumkan sekatan ke atas pelancong asing yang pernah ke China dalam tempoh 14 hari.
Pengumuman dibuat Setiausaha Perkhidmatan Masyarakat dan Kesihatan Amerika Syarikat, Alex Azar pada Jumaat.
Sekatan akan berkuat kuasa jam 5 petang Ahad.
Bagaimanapun, katanya, mana-mana warga Amerika Syarikat yang pernah ke China dalam tempoh sama akan dikenakan arahan kuarantin selama 14 hari.
Mereka yang baharu tiba di Amerika Syarikat akan diberi saringan kesihatan dan dipantau dalam tempoh tersebut.
#Amerika Syarikat
#California
#China
#Donald Trump
#kesihatan
#koronavirus
#pelancong
#presiden
#sekatan
#Washington