Amerika Syarikat dipilih semula ke Majlis Hak Asasi Manusia

Astro Awani
Oktober 15, 2021 08:09 MYT
Presiden Joe Biden pada Januari lalu berjanji bahawa hak asasi manusia akan menjadi dasar luar negaranya. - Foto AP Newsroom
PERHIMPUNAN Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) kembali memilih Amerika Syarikat ke Majlis Hak Asasi Manusia di Geneva.
Ia selepas lebih tiga tahun Donald Trump undur diri daripada badan yang dianggotai 47 negara itu atas dakwaan Majlis Hak Asasi Manusia PBB itu berat sebelah terhadap Israel dan kurangnya reformasi.
Amerika Syarikat mendapat 168 undi dalam undi rahsia oleh majlis umum 193 negara anggota.
Ia bakal memulakan penggal selama tiga tahun pada 1 Januari.
Presiden Joe Biden pada Januari lalu berjanji bahawa hak asasi manusia akan menjadi dasar luar negaranya.
Calon majlis hak asasi manusia dipilih dalam kumpulan geografi untuk memastikan perwakilan yang seimbang.
Anggota tidak boleh menjadi ahli lebih daripada dua penggal berturut-turut.
Perhimpunan Agung juga memilih Malaysia, Kazakhstan, Gambia, Benin, Qatar, Emiriah Arab Bersatu, Paraguay, Honduras, Luxembourg, Finland, Montenegro dan Lithuania.
BACA: Malaysia diundi duduki kerusi Majlis Hak Asasi Manusia PBB penggal 2022-2024
Negara yang dipilih semula ialah Cameroon, Eritrea, Somalia, India dan Argentina.
#PBB #Amerika Syarikat #Majlis Hak Asasi Manusia #Joe Biden
;