Amerika Syarikat cuba pulih hubungan dengan Pakistan, Afghanistan
Syah Hairizal Kamalul Arifin
Disember 3, 2017 08:56 MYT
Disember 3, 2017 08:56 MYT
Amerika Syarikat cuba membina hubungan dua hala baharu dengan Afghanistan dan Pakistan.
Ia selepas kedua-dua negara terbabit dikaitkan dengan kebangkitan pengganas.
Setiausaha Pertahanan Jim Mattis berkata Washington sedang berusaha memulihkan hubungan yang renggang sejak beberapa tahun kebelakangan ini dengan kedua-dua negara terbabit.
Katanya, pentadbiran Trump akan menetapkan beberapa syarat baharu bagi membolehkan kerjasama pertahanan dan keselamatan diperkukuh bagi mengekang kemaraan pengganas di rantau itu.
Sebelum ini, Pakistan dan Afghanistan saling menuduh berhubung peningkatan insiden keganasan di sempadan kedua-dua negara.
Mattis yang kin berada di Mesir bagi pertemuan dengan Presiden Abdel Fattah El Sisi dijangka melakukan lawatan rasminya ke Pakistan dan Afghanistan minggu ini.
#Abdel Fattah El Sisi
#Afghanistan
#Amerika Syarikat
#Jim Mattis
#kebangkitan pengganas
#mengekang kemaraan pengganas
#Mesir
#Pakistan