American Airlines mohon maaf atas insiden kereta sorong bayi

Agensi
April 23, 2017 09:31 MYT
Syarikat penerbangan American Airlines memohon maaf kepada seorang penumpang wanita atas insiden perbalahan kereta sorong bayi yang berlaku dalam pesawat 591 yang menuju ke Dallas dari San Francisco.
Syarikat penerbangan American Airlines memohon maaf kepada seorang penumpang wanita atas insiden kekecohan berhubung kereta sorong bayi yang berlaku dalam penerbangan 591 yang menuju ke Dallas dari San Francisco, Amerika Syarikat.
Rakaman video tular yang dimuat naik oleh seorang penumpang lain memaparkan perbalahan antara seorang wanita dengan seorang anak kapal American Airlines yang telah merampas kereta sorong bayi wanita itu.
Kekecohan berlaku berikutan pertikaian tentang sama ada wanita itu boleh membawa kereta sorong bayi di dalam penerbangan berkenaan.
“Kami mohon maaf atas kesulitan yang berlaku kepada penumpang itu, keluarganya dan kepada mana-mana penumpang lain yang terjejas dalam kejadian itu.
“Wanita itu dan keluarganya akan dinaik taraf kepada kelas pertama bagi perjalanan antarabangsa yang lain,” kata American Airlines dalam satu kenyataan media.
Syarikat penerbangan itu juga telah menggantung pekerja berkenaan kerana didakwa telah memukul wanita tersebut dengan kereta sorong itu.
“Pukulan itu hampir terkena anaknya,” kata pengguna Facebook Surain Adyanthaya, yang memuat naik video itu pada Jumaat.
#American Airlines #penerbangan #pesawat #video #viral
;