Ambil dos penggalak, ikuti kawalan wabak
Satria Zhang
November 17, 2021 21:08 MYT
November 17, 2021 21:08 MYT
PADA Isnin, Pharmaniaga mulai mengeksport vaksin Sinovac yang dikilangkan di Malaysia kepada Myanmar dalam bentuk ‘fill and finish’ sebanyak 200,000 dos.
Ya, satu berita baik dalam mewujudkan imuniti kelompok serantau. Pada masa sama, Satria juga nak kongsi dengan anda supaya jangan teragak-agak untuk mengambil dos penggalak atau dos ketiga, sebab Satria terbaca berita yang menyatakan lebih 40 peratus individu di Pulau Pinang tidak menghadiri temu janji vaksin dos penggalak.
Satu sebab utamanya ialah kita tidak mahu usaha yang kita lakukan sepanjang dua tahun ini termasuklah berusaha memperoleh vaksin dari China dan Barat dibazirkan begitu sahaja.
Kadar pemvaksinan di Malaysia amat tinggi dengan populasi yang lengkap divaksinasi dua dos telah melebihi 76.2 peratus.
Walau bagaimanapun, dua dos masih tak cukup untuk memberikan perlindungan lengkap kepada individu, manakala vaksin yang sedia ada di Malaysia pula tak cukup untuk menyediakan perlindungan penuh kepada semua rakyat.
Perkembangan situasi pandemik di dunia kini telah membuktikan pentingnya penggunaan dos penggalak. Manakala harapan untuk mengawal wabak hanya menerusi pemvaksinan sahaja pula terbukti gagal.
Pada minggu pertama bulan ini, kes baharu COVID-19 di Eropah telah mencatat kira-kira 2 juta, mencipta rekod tertinggi sejak tercetusnya pandemik berkenaan. Manakala, kes kematian di benua itu berjumlah 26,726, menduduki kira-kira separuh di dunia.
Austria menjadi negara pertama di dunia yang mengenakan sekatan pergerakan terhadap golongan yang belum divaksinasi. Kira-kira 2 juta penduduk negara itu akan dilarang keluar kecuali yang bertujuan untuk melawat hospital atau membeli barangan keperluan harian.
Seiring dengan kedatangan musim sejuk di hemisfera utara, wabak pandemik dijangka kembali melanda di dunia.
Kalau tidak menggunakan dos penggalak tepat pada waktu dan tiada protokol kawalan wabak yang sesuai, maka kegagalan akan menjengah kita semula.
Inilah juga sebabnya China memegang dasar “menyifarkan” kes baharu di samping menggalakkan pemvaksinan.
Satria telah menerima suntikan dos penggalak vaksin Sinopharm pada bulan lalu, dan anak Satria pula telah diberi dos pertama mengikut program pemvaksinan untuk kanak-kanak berumur 3 hingg 11 tahun. Setakat ini semua sahabat dan ahli keluarga Satria tiada terjangkit COVID-19, dan kehidupan kami pula tidak seberapa terganggu oleh kawalan wabak yang ketat.
Populasi di China adalah dua kali ganda berbanding pupulasi keseluruhan di Eropah. Cuba bayangkanlah, sekiranya China melaksanakan dasar seumpama di Eropah, jumlah kes baharu dan kes kematian di negara Tembok Besar ini akan jauh melebihi angka yang dahsyat di Eropah itu.
Selain itu, sumber perubatan per kapita di Eropah jauh lebih baik berbanding China, jumlah tersebut mungkin akan lebih besar lagi.
Lebih parah, disebaliknya terdapat puluhan juta individu yang ada simptom mirip COVID-19 membanjiri hospital, sekali gus menghancurkan sistem perubatan.
Inilah sebabnya mengapa China tidak mungkin memilih dasar “hidup bersama dengan COVID-19”.
Malaysia merosot sebanyak 4.5 peratus pada suku ketiga tahun 2021. Penurunan itu disumbang pelaksanaan semula langkah pembendungan COVID-19 yang ketat di seluruh negara pada Julai lalu.
Pandemik telah membawa impak besar kepada sosioekonomi kita. Kalau tidak berjaya mencari kaedah yang sesuai yang benar-benar menjamin kita “hidup” bersama dengan koronavirus, nescaya impak ini akan berterusan.
*Satria Zhang adalah wartawan China Radio International (CRI).
**Penulisan artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI.