Amazon bakal kurangkan anugerah saham pekerja akibat ekonomi sukar
Astro Awani
April 6, 2023 10:15 MYT
April 6, 2023 10:15 MYT
AMAZON akan mengurangkan anugerah saham pekerja sebagai sebahagian daripada pelan pampasannya, ketika gergasi e-dagang itu mengharungi ekonomi yang tidak menentu.
Menurut Jurucakap Amazon dalam satu kenyataan, pihaknya membuat keputusan untuk mengurangkan anugerah RSU (Unit Stok Terhad) pada tahun tinjauan akhir dengan jumlah yang kecil (tahun-tahun lain tidak terjejas).
"Syarikat sedang menimbang kemungkinan melaraskan model pampasannya pada masa hadapan agar lebih seimbang antara pampasan tunai asas dan ekuiti," katanya.
Jurucakap Amazon itu menambah, ini dilakukan selepas melihat gabungan ekonomi yang tidak menentu dan belanjawan pampasannya.
Berita itu hadir beberapa minggu selepas Amazon mengumumkan pusingan kedua pemberhentian pekerja beramai-ramai.
Gelombang pemberhentian pekerja telah melanda sektor teknologi kerana ekonomi yang kasar memaksa syarikat untuk menjadi lebih kecil.
Business Insider pertama kali melaporkan perubahan yang dirancang dalam struktur gaji syarikat dan berkata, Amazon akan menilai semula pampasan 2025 pada suku pertama tahun depan untuk "merancang variasi saham".
Saham Amazon telah memperoleh lebih daripada 20 peratus tahun ini berikutan kejatuhan hampir 50 peratus pada 2022.