Amaran tsunami susulan gempa 7.3 magnitud di luar pantai Alaska
Astro Awani
Julai 16, 2023 15:16 MYT
Julai 16, 2023 15:16 MYT
JUNEAU: Amaran tsunami telah dikeluarkan berikutan gempa bumi berukuran 7.3 magnitud yang melanda luar pantai Alaska.
Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan pagi ini telah mengeluarkan amaran tahap merah selepas gempa bumi kuat itu.
Pada masa sama, Balai Cerap Gunung Berapi Alaska juga mengeluarkan notis ancaman untuk gunung berapi Shishaldin setelah ia melepaskan kepulan asap yang tebal.
Sistem Amaran Tsunami AS mengeluarkan notis amaran itu susulan gempa bumi yang melanda pada awal Ahad.