Amaran tsunami ditarik balik selepas gempa 7.0 pada skala Richter landa California

Bernama
Disember 6, 2024 11:15 MYT
Penduduk di kawasan pantai utara California dan sebahagian Lembah Tengah mendakwa merasai gegaran, namun tiada laporan mengenai kerosakan setakat ini. - Foto AP
WASHINGTON: Amaran tsunami yang dikeluarkan selepas gempa bumi berukuran 7.0 pada skala Richter melanda luar pantai California pada Khamis ditarik balik, menurut pihak berkuasa.
Menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa berlaku lebih 60 batu di barat daya Ferndale, Humboldt County, manakala pusat gempa terletak 45 batu di barat daya Eureka, lapor Agensi Anadolu.
Amaran itu kemudiannya ditarik balik oleh Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan (NWS), dengan memaklumkan di laman sesawangnya: "Tiada Amaran, Nasihat, Pemantauan atau Ancaman Tsunami."
Amaran tsunami sebelum ini melibatkan negeri California dan Oregon.
Penduduk di kawasan pantai utara California dan sebahagian Lembah Tengah mendakwa merasai gegaran, namun tiada laporan mengenai kerosakan setakat ini.
-- BERNAMA
#amaran tsunami #gempa bumi #USGS #NWS
;