Amaran siren nuklear di Hawaii

Associated Press
Disember 1, 2017 15:22 MYT
Ujian penggera dengan nada baharu dibunyikan pada Jumaat
PENDUDUK dan pelancong di Hawaii, Amerika Syarikat kini berdepan kebimbangan baharu apabila Korea Utara melancarkan serangan nuklear baru-baru ini.
Gabenor Hawaii, David Ige berkata pihaknya kini bukan sahaja bimbang tentang bencana alam tetapi kebimbangan itu beralih ke serangan nuklear dari Korea Utara.
Ini kerana, Hawaii merupakan negara paling hampir dengan Korea Utara dan kehadiran tenteranya dalam jumlah yang besar memudahkan sasaran.
"Apa yang dilakukan Korea Utara baru-baru ini dirasakan boleh mengancam penduduk dan pelancong di pulau percutian ini," katanya.
Sehubungan itu, sebagai persediaan awal, pihaknya mengadakan ujian bulanan sistem alat penggera pada Jumaat dengan bunyi siren amaran baharu.
"Ini yang pertama sejak Perang Dingin berlaku," katanya.
Jelasnya, dengan bunyi amaran itu penduduk dan pelancong boleh melarikan diri dalam masa kurang 20 minit.
"Walaupun serangan (nuklear) hari ini amat jauh tetapi kami percaya langkah proaktif penting sebagai persediaan," katanya.
Sementara itu bagi pelancong, langkah awal keselamatan yang dilaksnaakan Hawaii itu tepat pada masanya.
Hawai merupakan negara paling hampir dengan Korea Utara dan kehadiran tenteranya dalam jumlah yang besar memudahkan sasaran.
#alat penggera #Hawaii #Kim Jong Un #Korea Utara #nuklear #siren amaran