Amaran letusan Gunung Berapi Aso di barat Jepun
Bernama
Februari 24, 2022 16:22 MYT
Februari 24, 2022 16:22 MYT
TOKYO: Agensi Meteorologi Jepun (JMA) pada Khamis meningkatkan amaran kepada tahap tiga daripada lima selepas mengesan aktiviti gunung berapi di Gunung Aso, barat daya Jepun, lapor Xinhua.
JMA memberi amaran agar orang ramai tidak menghampiri Gunung Aso, berikutan ancaman letusan gunung berapi boleh mengakibatkan runtuhan dan aliran piroklastik dalam radius dua kilometer.
Agensi cuaca itu memberi amaran tahap tiga dengan kemungkinan letusan gunung berapi boleh memberi kesan serius terhadap kawasan berdekatan.
Masyarakat setempat di wilayah Kumamoto dinasihatkan mengambil langkah berjaga-jaga.
-- BERNAMA