Amaran jerebu ditarik balik di China
Astro Awani
Januari 15, 2013 21:54 MYT
Januari 15, 2013 21:54 MYT
Dewan Bandaraya Beijing menarik balik amaran jingga kejadian jerebu pada Selasa menjelang musim sejuk yang bakal melanda bandaraya itu.
Masalah jerebu tebal yang melanda Beijing dijangka berakhir tidak lama lagi dan dijangka kualiti udara akan semakin pulih apabila salji mula turun kelak.
Ia juga disokong dengan kekurangan jumlah kenderaan di jalan raya. Beijing mula berdepan masalah jerebu tebal sejak Sabtu lalu.
Namun, ianya dilaporkan akan berakhir pada Selasa.
Kualiti udara adalah masalah utama di China akibat pembangunan pesat sektor industri, kebergantungan kepada tenaga arang batu, penggunaan kenderaan yang meningkat selain pelanggaran undang-undang alam sekitar.
Masalah kualiti udara yang meruncing di Beijing mencetuskan masalah kesihatan terutamanya kanak-kanak yang sering mengalami masalah kulit dan pernafasan.