Amaran angin kencang, laut bergelora di perairan Phuket

Bernama
Mei 20, 2017 04:47 MYT
Angin kencang dengan kelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam (km/j) dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka berlaku. - REUTERS/Adrees Latif
Angin kencang barat daya dan laut bergelora dijangka berlaku di kawasan perairan Phuket bermula Ahad hingga Isnin depan.
Jabatan Meteorologi dalam satu kenyataan berkata angin kencang dengan kelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam (km/j) dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan itu.
"Keadaan itu berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut," tambah kenyataan tersebut.
-- BERNAMA
#angin kencang #Jabatan Meteorologi #laut bergelora #Phuket #Thailand