All Blacks beri penghormatan kepada Diego Maradona
Agensi
November 28, 2020 00:28 MYT
November 28, 2020 00:28 MYT
NEWCASTLE: Pasukan Ragbi All Blacks memberi penghormatan kepada legenda bola sepak Diego Maradona sebelum perlawanan menentang Argentina pada Sabtu.
Sebelum haka dipertontonkan dalam siri Tri Nations pusingan kelima, Kapten All Blacks Sam Cane mempersembahkan jersi hitam tradisi pasukan itu bernombor 10 yang tertera nama Maradona.
Menurut Cane, idea tersebut dicetuskan rakan sepasukannya TJ Perenara.
Rabu lalu, dunia dikejutkan dengan berita pemergian Maradona pada usia 69 tahun akibat serangan jantung.
Perlawanan yang berlangsung di Stadium Mcdonald Jones di Newcastle itu, menyaksikan kemenangan berpihak kepada All Blacks dengan keputusan 38-0.
#bola sepak
#Argentina
#Ragbi
#all blacks
#New Zealand
#pasukan ragbi
#penghormatan terakhir
#sam cane
#Diego Maradona