Alibaba: Jack Ma berundur Sept 2019, Daniel Zhang sebagai pengganti

Astro Awani
September 10, 2018 09:40 MYT
Jack Ma sebelum ini melepaskan peranannya sebagai ketua eksekutif pada 2013. - Gambar fail
Pengasas bersama dan pengerusi Alibaba Group Holding Ltd, Jack Ma, telah mula membuat perancangan untuk meletak jawatan, sebagai sebahagian pelan transisi jangka panjang, menurut syarikat itu pada Isnin.
Beliau akan berundur tepat setahun dari hari ini, iaitu pada 10 Sept 2019, dan Ketua Eksekutif Alibaba ketika ini, Daniel Zhang, akan menggantikannya sebagai pengerusi.
Jack Ma akan terus berada dalam lembaga pengarah Alibaba sehingga mesyuarat agung tahunan syarikat e-dagang terbesar China itu pada 2020.
BACA: Pengasas bersama Alibaba, Jack Ma bakal bersara
Beliau sebelum ini melepaskan peranannya sebagai ketua eksekutif pada 2013.
Zhang, 46 tahun, telah memegang jawatan itu sejak 2015 selepas berkhidmat sebagai ketua pegawai operasi syarikat itu.
#Alibaba #Daniel Zhang #Jack Ma #pengerusi #transisi
;