Alan Kurdi dikenang menerusi lukisan menyayat hati
Kohilah Sekaran
September 3, 2015 21:03 MYT
September 3, 2015 21:03 MYT
Gambar jenazah seorang kanak-kanak pelarian Syria, Alan Kurdi yang ditemui di tepi pantai berdekatan sebuah resort di Bodrum, Turki, pada 2 September 2015 mula tersebar di media sosial.
Berpakaian t-shirt merah dan seluar biru, mangsa yang berusia 3 tahun dari bandar Kurdish-Syrian itu dipercayai antara 12 pelarian yang cuba memasuki negara Greece, namun lemas apabila bot dinaiki mereka karam.
Manakala, jenazah abangnya yang berusia lima tahun juga dilapor ditemui tidak jauh dari lokasi Alan ditemui.
Netizen serta seniman dari seluruh dunia kini memberi penghormatan terakhir kepada Alan melalui lukisan gambar yang menyentuh hati di bawah hashtag #KiyiyaVuranInsanlik, atau #HumanityWashedAshore.
Sementara itu, gambar viral jenayah bayi berkenaan yang terdampar di pesisiran pantai juga mengundang kemarahan para netizen di media sosial.