Alami trauma melampau akibat dibuli 12 pelajar

Agensi
April 11, 2019 11:18 MYT
Hasil siasatan awal mendapati kejadian pada 29 Mac lalu itu berpunca daripada masalah teman lelaki. - Foto Agensi
Dunia pendidikan Indonesia kembali digemparkan dengan kejadian buli seorang pelajar sekolah SMP (Sekolah Menengah Atas) di Pontianak.
Kesemua 12 pelajar perempuan itu turut bertindak kejam dengan mencederakan kemaluan mangsa dikenali sebagai Audrey hingga menyebabkan ia membengkak.
Mangsa dilaporkan mengalami trauma melampau dan masih dirawat di RS Mitra Medika.
Insiden itu turut menyebabkan #JusticeForAudrey menjadi trending di Twitter dan ramai pengguna media sosial menunjukkan rasa simpati terhadapnya.
Hasil siasatan awal mendapati kejadian pada 29 Mac lalu itu berpunca daripada masalah teman lelaki.
Keluarga mangsa membuat laporan kepada pihak berkuasa seminggu selepas insiden itu berlaku dan pada mulanya Audrey takut untuk melaporkan kepada ibu bapanya kerana diugut pelaku.
Difahamkan, pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan terhadap kes tersebut yang menerima kecaman banyak pihak. - Agensi
#Audrey #buli #Indonesia #JusticeForAudrey #mangsa #pelajar #Pontianak #sekolah #siasatan #SMP #trauma
;