Al Jazeera tolak dakwaan Israel wartawan yang dibunuh ahli kumpulan Hamas

Astro Awani
Ogos 1, 2024 05:10 MYT
Ismail dan Rami terkorban ketika membuat liputan penggambaran kediaman pemimpin Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh. - Foto fail
DOHA: Jurucakap tentera Israel mengesahkan serangan udara yang dilakukannya menyasarkan wartawan Al Jazeera Ismail al-Ghoul dan jurukamera Rami al-Rifi di Gaza pada Rabu.
Ismail dan Rami terkorban ketika membuat liputan penggambaran kediaman pemimpin Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh.
Daniel Hagari mendakwa, Ismail merupakan ahli kumpulan Hamas dan terlibat dalam serangan pada 7 Oktober atas Israel.
Rangkaian Media Al Jazeera menafikan sekerasnya dakwaan itu dan berkata ia hanya dijadikan alasan untuk lakukan pembunuhan kejam.
Pada 18 lalu, tentera Israel telah menahan Ismail ketika serbuan yang dilakukan ke atas Hospital al-Shifa sebelum membebaskannya.
Al Jazeera ini memaparkan Ismail tidak terlibat dengan kumpulan itu dan mengutuk sekeras-kerasnya dakwaan Israel tanpa mengemukakan sebarang bukti.
Rangkaian media itu juga berkata insiden berkenaan menguatkan lagi bukti Israel sengaja mengadakan alasan untuk melakukan pembunuhan kejam terhadap rakyat Palestin dan menafikan akses kepada wartawan dari seluruh dunia ke Semenanjung Gaza bagi melaporkan jenayah yang dilakukannya.
Al Jazeera juga menggesa siasatan antarabangsa oleh badan bebas dilakukan ke atas kekejaman dilakukan Israel terhadap wartawan dan kakitangan rangkaian media itu sejak bermulanya perang ke atas Gaza.
#Al Jazeera #wartawan #Hamas #Israel
;