Aktres Bollywood ditahan dipercayai edar dadah, sebabkan kematian teman lelaki
Agensi
September 9, 2020 10:21 MYT
September 9, 2020 10:21 MYT
Aktres Bollywood Rhea Chakraborty ditahan polis dipercayai atas kesalahan mengedar dadah.
Rhea yang merupakan teman wanita Sushant Singh Rajput, juga pelakon Bollywood, dipercayai turut disiasat berkaitan kes kematian bekas kekasihnya itu.
Polis bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung penahanannya.
Jun lalu, Sushant Singh ditemukan mati dalam keadaan tergantung di kediamannya dan kematiannya diklasifikasikan sebagai bunuh diri.
Rhea sedang disiasat selepas keluarga Sushant Singh menuduhnya sebagai punca kepada kematian aktor itu.
Dia telah dituduh bersubahat membunuh diri, konspirasi jenayah dan pencurian dalam laporan yang keluarkan oleh Biro Penyiasatan Pusat India bulan lalu.
#Bollywood
#bunuh
#bunuh diri
#Dadah
#India
#jenayah
#keluarga
#mati
#polis
#Rhea Chakraborty
#Sushant Singh Rajput
#wanita