Aktiviti pembinaan, perobohan dilarang ekoran pencemaran udara teruk di New Delhi

Bernama
November 3, 2023 23:20 MYT
Kualiti udara Delhi kini bertukar kepada tahap "berbahaya". - Gambar Reuters
NEW DELHI: Suruhanjaya Pengurusan Kualiti Udara India melarang aktiviti pembinaan dan perobohan dalam dan sekitar ibu negara New Delhi kecuali projek penting kerajaan, berkuat kuasa serta-merta, lapor Xinhua.
Sekatan juga dikenakan ke atas aktiviti perlombongan dan penghancuran batu. Sekatan ketat juga meliputi kenderaan yang menggunakan petrol BS-III dan kenderaan bermotor ringan diesel BS-IV di New Delhi dan beberapa daerah berdekatan.
Kualiti udara Delhi kini bertukar kepada tahap "berbahaya", lapor media.
-- BERNAMA
#aktiviti pembinaan #penghancuran batu #sekatan ketat #projek penting
;