WASHINGTON: Satelit Balai Cerap Dinamik (SDO) di angkasa lepas milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) merekodkan aktiviti selama lima jam di permukaan matahari pada lewat Selasa lalu.
Ketika merekodkan aktiviti tersebut, terdapat kira-kira setengah dozen letusan berlaku namun agensi angkasa lepas Amerika Syarikat (AS) itu tidak dapat meramalkan dengan tepat tentang apakah sebenarnya sifat semula jadi letusan tersebut.
Letusan itu tersembunyi di bahagian belakang permukaan matahari iaitu semasa imejnya sedang dirakamkan oleh satelit SDO tersebut, kata portal Space.com.
Pada awal bulan Julai tahun ini, berlaku salah satu letusan terbesar pada permukaan matahari iaitu yang pertama kali berlaku sejak tahun 2017.
Letusan itu memberi kesan kepada bumi sehingga ia mengganggu gelombang rendah radio di sekitar wilayah Lautan Atlantik.
Bagaimanapun, para saintis berharap ketika bumi mengelilingi matahari, sebuah kawasan baharu dapat dirakamkan oleh satelit tersebut sekali gus membolehkan satu kajian lanjut dapat dilakukan oleh para saintis.
Menurut NASA, tompokan atau kawasan yang lebih sejuk kelihatan gelap pada permukaan matahari berdasarkan kepada gambar yang dirakamkan oleh satelit tersebut.
Satelit itu dilancarkan dari sebuah pusat pelancaran angkasa lepas di Cape Canaveral di Florida, AS dan ia memantau aktiviti di permukaan matahari sejak tahun 2010 lagi.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Fri Oct 29 2021
![Aktiviti letusan pada matahari dirakamkan satelit Aktiviti letusan pada matahari dirakamkan satelit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/51635467206_letusan.jpg)
Gambar yang dirakamkan pada 26 Oktober lalu menunjukkan beberapa aktiviti solar yang berlaku pada matahari. - Foto NASA
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Lebih 340,000 syarikat buat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial
Sebanyak 340,637 syarikat telah membuat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial (beneficial ownership) bagi tempoh 1 April hingga 14 Julai lepas.
![Ahli astronomi antarabangsa temui planet baharu 'LTT 9779b' Ahli astronomi antarabangsa temui planet baharu 'LTT 9779b'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/81600755994_PlanetLTTb.jpg)
Ahli astronomi antarabangsa temui planet baharu 'LTT 9779b'
Penemuan itu direkodkan menerusi Transiting Exoplanet Survey Satelllite (TESS) iaitu sistem yang digunakan bagi pemerhatian ruang angkasa.