Aktivis pro-demokrasi Hong Kong Joshua Wong bakal dihukum penjara

Khairunnisa Kasnoon
November 23, 2020 04:00 MYT
Joshua didakwa bersama dua aktivis lain, Agnes Chow dan Ivan Lam atas tuduhan menghasut, mengatur dan dengan sengaja menganjur perhimpunan haram pada 21 Jun 2019. -Reuters
HONG KONG: Aktivis pro-demokrasi Hong Kong, Joshua Wong ditahan dalam tahanan selepas mengaku bersalah atas tuduhan yang berkaitan dengan tunjuk perasaan di luar ibu pejabat polis tahun lalu.
Joshua didakwa bersama dua aktivis lain, Agnes Chow dan Ivan Lam atas tuduhan menghasut, mengatur dan dengan sengaja menganjur perhimpunan haram pada 21 Jun 2019.
Ketiga-tiga mereka bakal dikenakan hukuman tiga tahun penjara.
Semasa perbicaraan di mahkamah pada Isnin, Joshua, 24, mengaku bersalah atas dua pertuduhan berkaitan dengan menghasut dan menganjurkan tunjuk perasaan.
Sementara, Agnes mengaku bersalah atas tuduhan menghasut dan menyertai perhimpunan haram dan Ivan juga mengaku bersalah atas tuduhan menghasut.
Mereka direman sehingga mahkamah menjatuhkan hukuman pada 2 Disember nanti.
#Hong Kong #Joshua Wong #aktivis pro-demokrasi #Agnes Chow #Ivan Lam #anjur perhimpunan haram
;