Aktivis Amerika Syarikat, Shaun King peluk Islam pada hari pertama Ramadan
Gempak
Mac 13, 2024 13:00 MYT
Mac 13, 2024 13:00 MYT
AKTIVIS dan penulis yang memperjuangkan keadilan dan hak asasi termasuk gerakan Black Lives Matter, Shaun King mengumumkan memeluk Islam pada hari pertama Ramadan 2024.
Tidak keseorangan, King yang pernah menjadi paderi pada tahun 2008 memeluk Islam bersama isterinya, Rai King.
Pengumuman indah itu disampaikan menerusi siaran langsung Instagram yang dikongsikan oleh Professor Khaled Beydoun sekaligus disaksikan oleh pengikutnya dari seluruh dunia.
King dilihat melafazkan dua kalimah syahadah dengan bantuan Sheikh Omar Suleiman. Dibesarkan di Kentucky, King juga dilihat memakai keffiyeh sebagai simbol solidariti terhadap Palestin sewaktu memeluk Islam.
Lelaki berusia 44 tahun tersebut menjadi terkenal dalam kalangan aktivis selepas dirinya mempromosikan keadilan dan hak asisi manusia termasuk dengan tanpa rasa takut menyokong Palestin dan Gaza sejak enam bulan lalu. - Gempak