Polis Norway menahan aktivis alam sekitar muda, Greta Thunberg, semasa sebuah acara tunjuk perasaan di pekarangan pejabat Kementerian Kewangan di Oslo, lapor Reuters.
Thunberg menyertai acara itu bersama kumpulan demonstrasi yang sebahagian besarnya terdiri daripada penyokong etnik pribumi Sami. Mereka mendesak agar jentera turbin angin segera dipindahkan dari sebuah kawasan penting bagi kaum itu, yang turut menjadi zon padang ragut bagi rusa kutub.
Kumpulan penunjuk perasaan itu sudah beberapa hari berhimpun hingga menghalang akses masuk ke beberapa bangunan kerajaan.
Thunberg dan beberapa aktivis lain yang bertindak menghalang salah satu pintu di pejabat Kementerian kewangan itu telah dialihkan anggota polis secara paksa, memandangkan mereka tidak mahu berganjak dan kekal dalam posisi duduk atau berbaring.
Sementara itu, peserta protes yang lain terus bersemangat mengibarkan bendera kaum Sami sambil berteriak supaya projek ladang angin itu dihentikan.
Mahkamah Agung Norway pada tahun 2021 sudah mengesahkan bahawa dua projek ladang angin di Fosen, yang terletak di tengah Norway, melanggar hak-hak kaum Sami di bawah konvensyen antarabangsa, namun turbin angin masih dilihat beriperasi lebih daripada 16 bulan selepas itu.
Agensi
Wed Mar 01 2023

Thunberg terpaksa diusung oleh dua anggota polis untuk mengalihkannya daripada terus menghalang akses masuk ke pejabat Kementerian Kewangan di Oslo. - Reuters

Sokongan masyarakat sivil terhadap Rang Undang-Undang Majlis Media Malaysia 2024
MMM diharap akan terus memelihara dan meningkatkan keyakinan terhadap media serta mengukuhkan ekosistem maklumat dan kebebasan bersuara.

Tun Mahathir dan Jokowi bertemu di Solo, bincang hal Malaysia-Indonesia
Dr Mahathir dilaporkan berkata pertemuan beliau dengan Jokowi menyentuh mengenai pembangunan kedua-dua negara.
Agenda AWANI: Usaha damai di selatan Thailand
Bagaimana komitmen Malaysia selaku pengerusi #ASEAN25 untuk mengutamakan usaha mencapai kedamaian di wilayah selatan Thailand? Diskusi 9 malam

Terdapat 14 luka tikaman pada mayat wanita disyaki dibunuh - Polis
Polis menerima laporan lengkap keputusan hasil bedah siasat itu oleh pakar perubatan forensik Hospital Melaka yang dijalankan pada Isnin lepas.

Kadar zakat fitrah di Kelantan ditetapkan RM8 tahun ini
Individu boleh membuat bayaran RM14 atau RM21 berdasarkan keselesaan mengikut harga beras yang dimakan.

Bom Perang Dunia Kedua ditemukan di Kinarut
Bom berkenaan ditemukan oleh pekerja yang sedang melakukan kerja-kerja pembersihan kawasan pada pukul 1.30 tengah hari.
Pemukiman Menteri Ekonomi gulung hari pertama
Luqman Hariz membawakan perkembangan semasa mesyuarat pertama pemukiman Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN dari Desaru, Johor.
UMNO setengah calon miliki ciri 'wali' - Ahmad Zahid
UMNO akan mengetengahkan calon yang memiliki kriteria dan ciri 'WALI' yang boleh menang, diterima dan disenangi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning.
ASEAN 25: Pemukiman ADMM tumpu kerjasama pertahanan serantau
Mesyuarat Pemukiman Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) 2025 di Pulau Pinang berlangsung hari ini dengan tumpuan diberikan terhadap kerjasama pertahanan serantau.
Wujud kes hospital swasta caj tinggi pesakit guna GLC - GLC
Kementerian Kewangan mengesahkan, terdapat kes tertentu menunjukkan kos rawatan lebih tinggi dikenakan ke atas pesakit yang menggunakan surat jaminan (GL), berbanding pesakit membayar dahulu dan membuat tuntutan kemudian (pay-and-claim).

Greta Thunberg ditahan semasa protes pro-Palestin
Thunberg memakai selendang di bahunya yang dicetak dengan corak tradisional Palestin.

Protes bantah penyertaan Israel dalam Eurovision 2024, Thunberg antara ditahan
Bantahan yang disertai sekitar 8,000 peserta pro-Palestin di bandar berkenaan diadakan susulan kempen ketenteraan Israel di Gaza.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Greta Thunberg akan didakwa di mahkamah UK
Greta Thunberg akan dihadapkan di Mahkamah Majistret Westminster London pada Rabu atas dakwaan menjejaskan ketenteraman awam semasa melakukan protes di London, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Perubahan iklim: Belia Malaysia perlu teladani Greta Thunberg
Penulis berada di Stockholm untuk menghadiri bengkel 'Green Recovery and Just Transition' anjuran Internews Earth Journalism Network.

Greta Thunberg ditahan ketika protes di lombong Jerman
Aktivis alam sekitar dan iklim itu telah dibebaskan selepas pemeriksaan identiti oleh polis.

COP26: Greta Thunberg tiba di Glasgow melalui kereta api
Ketibaan remaja berusia 18 tahun itu di Stesen Kereta Api Glasgow disambut sekumpulan media.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Youth4Climate: '30 tahun bla bla bla' - Greta Thunberg sindir omong kosong pemimpin dunia
Aktivis berusia 18 dari Sweden itu mendakwa banyak yang telah dijanjikan namun tiada usaha ketara dilakukan untuk mengatasi pemanasan global sejak hampir tiga dekad.

"Donald harus tangani isu baran, sila bertenang" - Greta Thunberg
Aktivis Alam Sekitar, Greta Thunberg meminta Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump bertenang dan menangani sifat barannya.