Aksi pelik kucing bengkok telinga tarik perhatian netizen

Agensi
Mei 2, 2019 07:10 MYT
Visual aksi Bobby membengkokkan telinga dirakam di kediaman pemiliknya di Phitsanulok, tengah Thailand. -Gambar fail
BOLEH membengkokkan telinganya, kucing daripada keluarga Caracal ini bakal membuatkan anda terhibur dengan gelagatnya!
Visual aksi Bobby yang berusia tiga bulan ini dirakam di kediaman pemiliknya di daerah Phitsanulok, di tengah Thailand pada akhir bulan lalu.
Dikategorikan dalam keluarga kucing bersaiz sederhana, spesies haiwan ini banyak dijumpai di Afrika, Timur Tengah, Asia Barat dan dikenali kerana mempunyai telinga dan gigi yang panjang.
Warnanya pula perang dan boleh membesar sehingga 40-50 sentimeter dengan berat badan menjangkau 18 kilogram!

#Bobby #haiwan peliharaan #kucing Caracal #mamalia #Nichapat #Thailand