Akses vaksin: Benarkan perjalanan luar negara bukan penyelesaian - PAHO

Astro Awani
April 22, 2021 10:33 MYT
DR CARISSA: Kekayaan seseorang, sama ada anda mampu atau tidak, kedudukan anda dalam masyarakat, atau kemampuan anda untuk melakukan perjalanan seharusnya tidak menjadi penentu untuk mendapat akses kepada vaksin. -Gambar fail
WASHINGTON: Membenarkan individu yang mempunyai sumber untuk melakukan perjalanan ke luar negara bagi mendapatkan vaksin bukan penyelesaian terbaik.
Pandangan itu dilontarkan Pengarah Pertubuhan Kesihatan Pan Amerika (PAHO), Dr Carissa F. Etienne.
Jelasnya, kekayaan individu, kedudukan dalam masyarakat atau kemampuan melakukan perjalanan seharusnya tidak menjadi penentu akses kepada vaksin.
Isu utama ialah masalah yang dihadapi dalam ketidaksamarataan akses vaksin setiap negara.
"Kekayaan seseorang, sama ada anda mampu atau tidak, kedudukan anda dalam masyarakat, atau kemampuan anda untuk melakukan perjalanan seharusnya tidak menjadi penentu untuk mendapat akses kepada vaksin.
"Tetapi ketidaksamaan yang kita hadapi tidak dapat ditangani secara individu.
"Kita perlu mencari penyelesaian bersama berdasarkan solidariti, yang membolehkan kita membawa vaksin ke seluruh pelosok wilayah kita," kata Dr Carissa.
Katanya, penyelesaian secara kolektif berdasarkan solidariti perlu dicari dalam usaha membawa akses vaksin COVID-19 ke seluruh pelusuk dunia.
Tambahnya, ketidaksamarataan yang dihadapi dalam bekalan akses vaksin tidak dapat ditangani secara individu.
#COVID-19 #vaksin #luar negara #Carissa F Etienne #PAHO #Pertubuhan Kesihatan Pan Amerika
;