Akibat selisih faham, empat ditembak mati

Astro Awani
November 14, 2021 07:46 MYT
Siasatan awal mendapati kejadian bukan tembakan rambang dan mungkin berlaku akibat perselisihan faham antara dua kumpulan penduduk. - Gambar hiasan
ARIZONA: Sekurang-kurangnya empat maut dalam kejadian tembakan di kawasan penempatan karavan di Arizona, Amerika Syarikat pada Ahad.
Menurut polis, pihak berkuasa menerima beberapa panggilan kecemasan pada jam 12.45 pagi, memetik laporan CNN.
Sebaik tiba di lokasi, polis menemui tiga individu yang maut di tempat kejadian dengan kesan tembakan.
Seorang lagi meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital, kata Polis Tucson.
"Siasatan awal mendapati kejadian bukan tembakan rambang dan mungkin berlaku akibat perselisihan faham antara dua kumpulan penduduk," kata polis kepada CNN.
Siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti mangsa dan suspek serta motif kejadian.
#tembakan #maut #penempatan karavan #selisih faham
;