Akibat salah faham, diplomat Belarus cedera ditembak jiran
Agensi
Julai 24, 2019 07:35 MYT
Julai 24, 2019 07:35 MYT
Seorang diplomat Belarus cedera selepas ditembak oleh jirannya dalam kejadian di Ankara, Turki pada Rabu.
Gabenor Angkara, Vasip Sahin berkata, suspek kemudian membunuh diri selepas melakukan serangan tersebut.
Katanya, mangsa, Alexander Poganshev diserang suspek yang merupakan pesara tentera ketika sedang berjalan kaki bersama anak lelakinya.
Menurut Vasip, serangan berpunca akibat salah faham antara mangsa dan penyerang.
Sementara itu, Menteri Luar, Mevlut Cavusoglu berkata, Alexander kini berada dalam keadaan stabil selepas pembedahan.
Difahamkan, penyerang mengalami masalah kesihatan mental.
Siasatan lanjut berhubung serangan itu sedang dijalankan.