Akibat kecewa diceraikan, wanita ini bakar diri sendiri

Agensi
Ogos 2, 2019 21:57 MYT
Tubuh Patcharporn terbakar 60 peratus sewaktu pasukan polis dan penyelamat tiba di kediamannya dalam kejadian yang berlaku pada Selasa lalu. Foto: Bangkok Post
AKIBAT terlalu sedih dengan penceraiannya, seorang wanita berusia 32 tahun cuba membunuh diri dengan membakar dirinya sendiri.
Kejadian yang berlaku di daerah Chachoengsao Muang, Bangkok itu ternyata mengejutkan penduduk setempat yang cuba menyelamatkan mangsa yang dikenal pasti sebagai Patcharporn Khuprasert.
Memetik laporan portal Bangkok Post, tubuh Patcharporn terbakar 60 peratus sewaktu pasukan polis dan penyelamat tiba di kediamannya dalam kejadian yang berlaku pada Selasa lalu.
Berdasarkan laporan awal, Patcharaporn yang lebih mesra dengan nama panggilan Nong Mint merupakan seorang wanita yang mempunyai paras rupa menawan dan sentiasa gembira.
Bagaimanapun selepas berpisah dengan bekas suaminya setahun yang lalu, karakternya berubah secara mendadak dan sering menyindiri.
Nong Mint yang mempunyai seorang cahaya mata berusia empat tahun ini sedang menerima rawatan di Hospital Buddhasothorn.
Namun menurut pakar perubatan dia hanya mempunyai 10 peratus peluang untuk terus hidup akibat kulitnya yang terbakar dengan teruk.
#bakar #Bangkok #bunuh diri #cerai #Chachoengsao Muang #Patcharporn Khuprasert
;