Akibat bertengkar, kekasih dicampak ke dalam sungai

Agensi
Januari 30, 2018 17:20 MYT
Septiana, yang hamil tujuh bulan, berpakaian lengkap, berselipar dan memakai topi keledar bagaimanapun sempat diselamatkan oleh orang awam. - Gambar hiasan
Seorang siswi dari Universiti Sebelas Maret, Surakarta, Indonesia dicampak ke dalam sungai oleh kekasihnya.
Septiana, 20 tahun, yang berpakaian lengkap, berselipar dan memakai topi keledar bagaimanapun sempat diselamatkan orang awam iaitu Widodo, 43, dan Wisni, 29, yang terdengar suara teriakan meminta tolong dari bawah jambatan sewaktu melalui jambatan berkenaan.
Mangsa yang hamil tujuh bulan diselamatkan menggunakan pelampung dan perahu dayung sebelum berjaya ditarik keluar dan dibawa ke Pusat Kesihatan Masyarakat Kretek.
Menurut saksi semasa kejadian, berlaku pertengkaran di antara Septiana dan kekasihnya sebelum mangsa dicampak ke dalam sungai oleh kekasihnya.
Polis bagaimanapun sedang menyiasat lebih lanjut mengenai kejadian ini dan memburu teman lelaki wanita berkenaan.
#Indonesia #Pusat Kesihatan Masyarakat Kretek #Sungai #surakarta #teman lelaki
;