Akhbar tertua di Kemboja diambil alih warga Malaysia

Bernama
Julai 3, 2018 05:33 MYT
Akhbar harian berbahasa Inggeris tertua di Kemboja, Phnom Penh Post, kini dikendalikan oleh seorang ahli perniagaan Malaysia. - Gambar fail
Akhbar harian berbahasa Inggeris tertua di Kemboja, Phnom Penh Post, kini dikendalikan oleh seorang ahli perniagaan Malaysia G. Siva Kumar, yang juga tokoh penting dalam syarikat perhubungan awam, Asia PR.
Duta Besar Kemboja di Malaysia, Rath Many berkata langkah Siva Kumar untuk mengambil alih akhbar itu pada Mei tahun ini selepas ia hampir ditutup berikutan isu cukai tertunggak, telah menyelamatkan 160 pekerjanya daripada diberhentikan.
"Ia amat melegakan apabila saya dengar tentang pembelian itu selepas rundingan diadakan dengan pemilik sebelumnya Bill Clough dan tidak sabar untuk bertemu dengan Siva, oleh kerana beliau daripada Malaysia," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Minggu lepas, Siva Kumar melakukan kunjungan hormat ke atas Rath di kedutaan di sini dengan ahli perniagaan itu memberi jaminan kepada duta itu bahawa akhbar itu akan meneruskan legasinya memastikan kewartawanan seimbang, benar dan adil yang diamalkan akhbar harian itu selama ini.
-- BERNAMA
#akhbar #Kemboja #Phnom Penh #Phnom Penh Post #Siva Kumar
;