Akaun twitter Donald Trump 'hidup' semula

Faida Rahim
November 20, 2022 16:14 MYT
Sputnik melaporkan akaun Twitter bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump semakin pantas mengumpul pengikut dengan 1.3 juta pengikut baharu direkodkan dalam tempoh 40 minit sahaja. - Reuters
NEW YORK: Elon Musk memaklumkan akaun Twitter Donald Trump telah dikembalikan semula selepas menjalankan tinjauan pendapat di mana pengguna menyokong langkah itu.
Dalam ciapan, Musk menulis rakyat telah bersuara apabila 51.8% daripada lebih 15 juta pengguna Twitter mengundi larangan itu ditarik balik.
"Rakyat telah bersuara. Akaun Trump akan dikembalikan semula," ciap Musk, sejurus selepas tinjauan 24 jam Twitter pada akaunnya berakhir.
Tambah Musk, 'Vox Populi, Vox Dei', yang menulis pepatah Latin yang juga disiarkannya Jumaat lalu bermaksud 'Suara rakyat adalah suara Tuhan'.
Dalam pada itu, bekas presiden AS itu mungkin tidak akan kembali ke Twiter yang memaklumkan,"Saya tidak nampak sebarang sebab untuknya".
Sputnik melaporkan, akaun Twitter bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump semakin pantas mengumpul pengikut dengan 1.3 juta pengikut baharu direkodkan dalam tempoh 40 minit sahaja.
Akaun Trump telah diharamkan awal tahun lalu kerana peranannya dalam serangan 6 Januari ke atas Capitol AS oleh sekumpulan penyokongnya yang berusaha untuk membatalkan keputusan pilihan raya 2020.
Trump memiliki lebih 88 juta pengguna apabila akaunnya digantung yang mana beliau menggunakan Twitter untuk menyiarkan pengumuman dasar, menyerang pesaing politik dan berkomunikasi dengan netizen.
#Donald Trump #Elon Musk #Twitter #Amerika Syarikat
;