Akaun Twitter Burger King digodam

AFP
Februari 19, 2013 08:21 MYT
Burger King mengalami serangan maya pada hari Isnin apabila akaun Twitter mereka digodam dan diubahsuai dengan kenyataan bahawa syarikat berkenaan telah diambilalih oleh McDonald’s.
Akaun @BurgerKing yang menggunakan logo McDonald’s yang dikenali sebagai golden arches membuat kenyataan bahawa Burger King “sudah dijual kepada McDonald’s” berserta tweet mempromosikan penyayi rap dari Chicago Chief Keef sebelum akaun berkenaan digantung.
Dalam satu kenyataan, pengarah global komunikasi dan budaya Burger King, Bryson Thornton berkata akaun berkenaan akan terus offline sampai “pihak kami mendapat balik akaun kami kembali dan Tweet yang sahih".
“Kami meminta maaf kepada peminat-peminat dan pengikut yang menerima tweet yang tidak benar mengenai rakan industri kami dan tweet yang tidak relevan,” tambah beliau.
McDonald’s membalas menerusi Twitter: “Kami simpati dengan @BurgerKing. Yang jelas kami tidak ada kena mengena dengan insiden berkenaan.”
Pada masa yang sama, wakil Twitter memberitahu AFP melalui emel: “Kami tidak memberi sebarang komen tentang akaun individu atas sebab privasi dan keselamatan.”
Masih tidak jelas jika Keef mempunyai apa-apa peranan dalam kejadian itu. Menurut laman blog muzik AllHipHop.com, rapper berumur 17 tahun itu sedang menjalani hukuman 60 hari dalam tahanan juvana.
#Burger King #Mcdonald's #Twitter digodam
;