Akaun dan aset pemimpin Ikhwanul Muslimin dibeku

Astro Awani
Julai 15, 2013 09:42 MYT
Akaun bank dan aset milik beberapa pemimpin Ikhwanul Muslimin kini dibekukan pihak tentera yang mentadbir sementara kerajaan di negara itu.
Antaranya akaun Ketua Ikhwanul Muslimin Mohammed Badie dan 13 yang lain.
Tindakan itu menyusuli siasatan oleh pendakwa raya Mesir terhadap dakwaan ke atas bekas Presiden yang digulingkan Mohamed Morsi dan beberapa anggota Ikhwanul Muslimin.
Antara dakwaan termasuk pengintipan, menghasut untuk membunuh penunjuk perasaan, melancarkan serangan di berek tentera dan melemahkan ekonomi negara.
Pihak berkuasa turut mengeluarkan waran tangkap ke atas beberapa pemimpin Ikhwanul Muslimin termasuk Mohamed Badie.
Sehingga kini lokasi Mohamed Morsi ditahan kekal misteri tetapi tentera mengakui bekas presiden itu berada dalam keadaan baik dan dilayan dengan penuh kehormatan.
#aset dibekukan #Mesir
;