Aisberg terbesar dunia bergerak selepas 3 dekad

Astro Awani
November 26, 2023 08:40 MYT
Aisberg A23a dilihat bergerak di laut berhampiran Antartika. - Foto AP
ANTARTIKA: Aisberg terbesar di dunia di Antartika kini semakin mencair dan hanyut ke arah Lautan Selatan buat pertama kali dalam tempoh tiga dekad akibat pemanasan global.
Bongkah ais berkenaan dinamakan A23a, berkeluasan 4,000 kilometer persegi, dan bersaiz tiga kali ganda lebih besar berbanding kota New York.
Menurut laporan saintis dan penyiasat di NASA Psyche Mission, Lindy Elkins-Tanton, aisberg berkenaan merupakan serpihan terbesar gunung ais yang masih wujud dan terpisah dari Filchner Ice Shelf pada ogos 1986.
Dalam penyelidikannya, Tanton memberitahu dia dan anak kapalnya telah menghabiskan berjam-jam lamanya belayar mengikuti rapat serpihan aisberg berkenaan di Laut Weddell.
Memandangkan ia semakin laju, gunung besar itu mungkin akan hanyut ke dalam Arus Circumpolar Antartika.
Seterusnya ia akan melencong ke arah Lautan Selatan dikenali sebagai laluan aisberg, di mana serpihan bongkhas ais seumpamanya boleh ditemui terapung di perairan.
#aisberg #Antartika #Lautan Selatan #pemanasan global
;