Ais terus mencair, Greenland bakal jadi pengeksport pasir
Agensi
Februari 12, 2019 13:10 MYT
Februari 12, 2019 13:10 MYT
Meskipun pencairan ais di Greenland kini berada pada tahap membimbangkan akibat pemanasan global, kepulauan itu kini dijangka memulakan pengurusan mengeksport pasir untuk industri perlombongan secara meluas.
Ia berikutan pencairan lapisan ais yang secara tidak langsung telah ‘mencuci’ banyak mendapan sebelum terhanyut ke dalam laut.
Perlombongan pasir dan batu kelikir batu secara meluas dalam industri pembinaan dapat meningkatkan sumber ekonomi untuk 56,000 penduduk di Greenland yang memiliki pengaruh yang luas di Denmark, tetapi masih bergantung pada subsidi dari Copenhagen.
Sepasukan saintis di Denmark dan Amerika Syarikat menjangkakan situasi yang disebabkan oleh perubahan iklim di kepulauan terbesar di dunia itu boleh mendatangkan kebaikan dari segi perlombongan pasir.
Peningkatan suhu global di Greenland dibimbangi meningkatkan paras air laut dunia sekitar tujuh meter jika kesemua ais mencair. Namun, pada masa yang sama, ia membawa lebih banyak pasir dan batu kelikir ke kawasan pesisiran.
Sebagai rekod, permintaan pasir secara global adalah antara 9.55 bilion tan pada tahun 2017 dengan nilai pasaran AS$99.5 bilion (RM405.5 ) dan dijangka menghampiri nilai AS$481 bilion (RM1.96 trilion) pada 2100.
David Boertmann dari Universiti Aarhus, yang tidak terlibat dalam kajian itu, berkata terdapat beberapa tapak perlombongan pasir tempatan untuk industri pembinaan domestik di Greenland.
Selain itu, terdapat juga perlombongan bahan seperti uranium hinggalah mineral bumi yang jarang ditemui, untuk pasaran Eropah dan Amerika Utara.
Namun, menurut penyelidik dari Universiti Colorado, Mette Bendixen, pasir sudah sering diangkut pada jarak jauh seperti ke Los Angeles dari Vancouver atau dari Australia ke Dubai.
"Pada masa ini ia adalah sumber yang murah tetapi ia akan menjadi lebih mahal," katanya.
Kajian itu turut menyatakan bahawa pasir dan batu kelikir juga boleh digunakan pada masa akan datang untuk menguatkan pantai dan pantai dengan risiko kenaikan paras laut, yang disebabkan sebahagiannya oleh cairan ais di Greenland.