AirAsia batal penerbangan keluar dan masuk ke Bali

Syafik Shukri Jalil
Jun 28, 2018 11:27 MYT
Pembatalan penerbangan AirAsia itu dibuat susulan letusan terbaharu Gunung Agung. - Twitter @id_magma
Syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia membatalkan semua penerbangan keluar dan masuk ke Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai, Denpasar, Bali.
Pembatalan dibuat susulan letusan terbaharu Gunung Agung.
Menerusi kenyataan medianya, Air Asia memaklumkan kesemua penumpang yang terlibat sudah dimaklumkan menerusi sistem pesanan ringkas (SMS).
Pihak AirAsia juga meminta penumpang untuk mengemas kini maklumat mereka di AirAsia.com.
Bagi penumpang yang terpaksa membatalkan perjalanan, mereka diberi tiga pilihan, antaranya menukar tarikh perjalanan baharu dalam tempoh masa 14 hari dari tarikh asal penerbangan.
Selain itu, penumpang yang terjejas juga boleh menuntut pulangan amaun penuh tambang penerbangan yang telah dibayar.
#AirAsia #airasia com #Bali #Denpasar #Gunung Agung #lapangan terbang ngurah rai #letusan