Air pancut purba Kestros di Turkiye berfungsi kembali selepas 1,800 tahun

Bernama
November 23, 2024 23:44 MYT
Pemulihan air pancut Kestros bermula dua tahun lepas sebagai sebahagian daripada usaha untuk menghidupkan kembali keindahannya. - X Anatolian Archaeology @Anatolian2023
ANTALYA: Air pancut purba Kestros yang dibina pada abad kedua semasa pemerintahan Maharaja Hadrian Rom kini kembali mengalir selepas 1,800 tahun setelah menjalani pemulihan, lapor Agensi Anadolu (AA).
Pemulihan air pancut Kestros yang terletak di Perge, sebuah kota bersejarah berhampiran Antalya --bandar peranginan terkenal di Turkiye -- bermula dua tahun lepas sebagai sebahagian daripada usaha untuk menghidupkan kembali keindahannya.
Kini, air kembali mengalir daripada air pancut itu, yang asalnya mendapat bekalan daripada Sungai Kestros -- kini dikenali sebagai anak Sungai Aksu -- melalui sistem terusan yang rumit.
Timbalan Ketua Ekskavasi Perge Aytac Donmez berkata air daripada air pancut air itu mengalir melalui saluran sepanjang 700 meter yang menuju ke sebuah kolam.
Beliau berkata, setakat ini, hanya 100 meter pertama yang telah dipulihkan dengan perancangan untuk melaksanakan pembinaan semula dan pemuliharaan secara menyeluruh.
"Kami berhasrat melengkapkan pemulihan secara holistik dan mempamerkan keajaiban ini sepenuhnya," kata Donmez.

Perge'deki Antik Kestros çemesinden 1800 yl sonra su akmaya balad Antalya'nn merkez Aksu ilçesi snrlarnda yer alan Perge Antik Kenti'nde milattan sonra 2. yüzylda mparator Hadrianus tarafndan yaptrldğ bilinen antik "Kestros Çemesi" yaplan restorasyon pic.twitter.com/nbfwCBMR3Q

— dokuz8haber (@dokuz8haber) November 22, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Air pancut ini dihiasi dengan patung berbaring yang melambangkan dewa sungai purba, Kestros dan dijangka menarik lebih ramai pelancong sekali gus meningkatkan kepentingan budaya di wilayah itu.
Dikenali sebagai satu daripada bandar Rom yang paling teratur di Anatolia dan terkenal dengan ukiran marmarnya, Perge pernah menjadi ibu kota wilayah Pamphylia.
Ekskavasi di tapak itu telah dijalankan sejak 1946 dan telah menemui pelbagai struktur monumental seperti menara, teater, stadium, tempat mandi, dan jalan-jalan dengan deretan tiang.
Kota purba itu telah disenaraikan dalam Senarai Tentatif Warisan Dunia Pertubuhan Pelajaran, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) sejak 2009.
-- BERNAMA
#air pancut purba #kestros #Turkiye #pemulihan #sejarah #kota purba
;