Air Namibia, Korean Air berlanggar di Frankfurt
Astro Awani
November 17, 2019 06:32 MYT
November 17, 2019 06:32 MYT
Pesawat Korean Air mengalami kerosakan pada bahagian ekor apabila berlaku perlanggaran dengan sayap sebuah pesawat lain di landasan.
Dalam kejadian di lapangan terbang Frankfurt, Jerman pada jam 6 petang Sabtu waktu tempatan, pesawat berkenaan dilapor sedang menunggu di landasan selepas mendarat.
Namun secara tiba-tiba, penstabil mendatar (horizontal stabiliser) pesawat KE905 itu dilanggar sayap kiri kapal terbang milik Air Namibia.
Akibat pelanggaran itu, kedua-dua pesawat mengalami kerosakan dan penerbangan tertangguh lebih 21 jam, menurut kenyataan lapangan terbang Frankfurt.
"Sayap kiri pesawat Air Namibia berlanggar dengan penstabil mendatar (horizontal stabiliser) pesawat KE905 Korean Air ketika ia sedang menunggu di lapangan terbang selepas mendarat."
Punca kemalangan dan tahap kerosakan pada kedua-dua pesawat kini disiasat Biro Siasatan Kemalangan Pesawat Persekutuan (BFU).
Difahamkan, Korean Air membawa 241 penumpang dan 40 anak kapal ketika pertembungan berlaku.
"Kami mengesahkan tiada penumpang atau anak kapal yang cedera," kata Air Namibia dalam kenyataan berasingan.
#Air Namibia
#horizontal stabiliser
#KE905
#kemalangan pesawat
#Korean Air
#lapangan terbang Frankfurt
#penerbangan
#penstabil mendatar