'Air kencing mampu nyahaktif gunung berapi Taal' - Kenyataan Duterte buat rakyat marah

Agensi
Januari 19, 2020 14:18 MYT
Duterte dengan angkuh berkata, air kencingnya mampu menyahaktifkan gunung berapi Taal daripada terus memuntahkan lahar dan debu panas. - Gambar fail
Presiden Filipina, Rodrigo Duterte menerima kecaman ramai selepas mengeluarkan kenyataan tidak senonoh ketika melawat mangsa yang terjejas akibat letusan gunung berapi Taal di Batangas.
Semasa lawatannya ke wilayah itu, Duterte dengan angkuh berkata, air kencingnya mampu menyahaktifkan gunung berapi Taal daripada terus memuntahkan lahar dan debu panas.

Pada masa sama, pemimpin berusia 74 tahun itu turut mengeluarkan komen nakal dan berbaur seksis mengenai kaum wanita di wilayah tersebut.

“Saya ada banyak masalah. Semasa berada di helikopter, saya memikirkan banyak hal.

“Tetapi sebaik tiba di sini, semua masalah itu hilang.

“Sungguh, saya mencintai wanita cantik,” katanya.

Ini bukan kali pertama Duterte mengeluarkan kenyataan menjengkelkan di khalayak ramai.

Pada Februari 2008, Duterte pernah mengarahkan tenteranya menembak bahagian sulit wanita yang menyertai pemberontak komunis di negara itu.

#Filipina #Gunung Berapi Taal #kencing #letusan gunung berapi #mangsa #presiden #Rodrigo Duterte #wanita
;