Air, karbon dan bahan organik ditemui dalam sampel asteroid
Astro Awani
Oktober 12, 2023 09:00 MYT
Oktober 12, 2023 09:00 MYT
AIR, karbon dan bahan organik kini dijumpai pada sampel asteroid bernama Bennu, yang dikembalikan ke bumi bulan lepas.
Penemuan itu didedahkan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA) dan menunjukkan asteroid mempunyai unsur-unsur yang diperlukan dan membawa kepada pembangunan kehidupan berasaskan karbon.
Pegawai NASA, Bill Nelson berkata bahawa zarah dari asteroid berhampiran Bennu mengandungi kepekatan karbon tertinggi yang pernah ditemui dari sampel asteroid yang dianalisis.
Ia hanyalah sampel asteroid ketiga dan setakat ini yang terbesar pernah kembali ke bumi untuk dianalisis.
Sebelum ini dua misi serupa dilakukan oleh Agensi Angkasa Jepun pada tahun 2010 dan 2020.
Seperti asteroid lain, Bennu adalah peninggalan sistem suria awal kerana kimia dan mineralogi yang terbentuk kira-kira 4.5 bilion tahun lalu.
Ia bukan sahaja memegang petunjuk tentang asal usul dan perkembangan planet berbatu asal seperti bumi, tetapi berpotensi membawa bukti evolusi kehidupan.
Sampel asteroid itu dikumpulkan oleh kapal angkasa Osiris-Rex tiga tahun lalu yang mendarat di padang pasir Utah dalam misi enam tahun bersama agensi-agensi angkasa Amerika Syarikat dan juga Universiti Arizona.