Aidiladha: China sambut pada Sabtu dan Ahad, ikut wilayah

Astro Awani
Julai 4, 2022 21:30 MYT
Masjid Niujiu di Beijing berusia 1,000 tahun ini menggabungkan ciri kebudayaan dan rekabentuk Islam serta Han di China. - Foto Twitter/Shen Shiwei
BEIJING: Sambutan Hari Raya Aidiladha di China akan disambut berbeza mengikut setiap wilayah dan bandar di negara ini.
Persatuan China Muslim berkata, ada wilayah yang akan menyambut pada hari Sabtu iaitu 9 Julai dan sebahagian meraikan pada Ahad, 10 Julai.
Imam di Masjid Beijing memaklumkan Aidiladha disambut pada Ahad, manakala umat Islam di wilayah Qinghai meraikan pada Sabtu.
Taiwan pula akan menyambutnya pada Sabtu dan Jepun pada Ahad.
Penduduk Islam terutamanya di Xinjiang, Qinghai dan Ningxia menyambut Aidiladha dengan sembelihan haiwan korban dan mengagihkan daging kepada komuniti setempat.
Bagaimanapun, sambutan perayaan kali ini masih tidak membenarkan umat Islam menunaikan solat di masjid kerana masih ditutup akibat pandemik COVID-19.
#Aidiladha #hari raya #korban #berbeza