Ahmed, Malala antara remaja paling berpengaruh majalah Time
Syafique Shuib
Oktober 28, 2015 21:05 MYT
Oktober 28, 2015 21:05 MYT
PELAJAR berusia 14 tahun Ahmed Mohamed dan aktivis Malala Yousafzai tersenarai dalam antara 30 remaja paling berpengaruh oleh majalah Time.
Senarai itu berdasarkan impak melalui media sosial dan keupayaan keseluruhan untuk menjana berita.
Ahmed Mohamed sebelum ini pernah menggemparkan dunia apabila ditahan kerana disangka membawa bom ke sekolah.
Namun ia merupakan jam buatan sendiri yang disangka bom oleh gurunya.
Ahmed kini memilih untuk menetap di Qatar setelah bersetuju untuk menerima tawaran Yayasan Pendidikan, Sains dan Pembangunan Alam Sekitar Qatar.
Malala Yousafzai, 18, pula merupakan remaja yang ditembak Taliban di Pakistan.
Malala kini menjadi symbol dunia dan perjuangan kanak-kanak yang tidak dapat akses kepada pendidikan.
Malala juga merupakan penerima anugerah keamanan Nobel pada tahun 2014.
Beliau juga telah melancarkan kempen #BooksNotBullets yang menggalakkan pemimpin untuk memberi lebih dana kepada pendidikan berbanding tentera.
Dari Asia pula, Joshua Wong, 19, disenarai kerana merupakan watak penting dalam protes ‘Umbrella Revolution’ di Hong Kong pada September tahun lalu.
Senarai Time itu juga menampilkan beberapa selebriti popular seperti pasangan adik beradik Kylie dan Kendal Jenner yang berjaya menempa nama di industri fesyen dan hiburan.