Ahmed dapat semula jam buatannya yang disangka bom

Kohilah Sekaran
Oktober 24, 2015 17:06 MYT
Remaja lelaki dari Amerika Syarikat yang pernah menggemparkan dunia apabila ditahan kerana membawa jam buatan sendiri ke sekolah, Ahmed Mohamed, akhirnya mendapat kembali jam buatannya, hari ini.
REMAJA lelaki dari Amerika Syarikat yang pernah menggemparkan dunia apabila ditahan kerana membawa jam buatan sendiri ke sekolah, Ahmed Mohamed, akhirnya mendapat kembali jam buatannya, hari ini.
Pelajar berusia 14 tahun itu mengumumkan berita gembira tersebut menerusi laman Twitternya.
“Akhirnya, saya dapat kembali jam saya,” tulis Ahmed sambil berkongsi sekeping gambarnya bersama jam buatannya itu.

GOT MY CLOCK BACK FINALLY!!pic.twitter.com/7k9GXB7M4H

— Ahmed Mohamed (@IStandWithAhmed) October 23, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Menurut portal Huffington Post, jam yang dirampas oleh Jabatan Polis Irving itu masih dilabel sebagai "bom palsu" apabila ia diberikan kembali kepada Ahmed.

Or it's a clock. @IStandWithAhmed pic.twitter.com/nvKMCQV6fU

— Avi Selk (@aviselk) October 23, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Baru-baru, beberapa media turut melaporkan bahawa Ahmed akan menetap di Qatar, selepas dia dan keluarganya bersetuju untuk menerima tawaran Yayasan Pendidikan, Sains dan Pembangunan Alam Sekitar Qatar.
Yayasan berkenaan menawarkan tempat untuk Ahmed dalam Program Pereka Muda, yang menyaksikan Ahmed menerima biasiswa penuh untuk pengajian sekolah menengah dan peringkat ijazah.
Malah, pada Oktober 20 lalu, Ahmed telah diundang ke Washington DC bagi menyertai Malam Astronomi di Rumah Putih yang merupakan kali kedua diadakan di kediaman rasmi Presiden Amerika Syarikat.

IT WAS AMAZING, AND A HONOR MEETING #PRESIDENT #OBAMA!!! #YOY #THEWHITEHOUSE pic.twitter.com/OIuXjFVLZe

— Ahmed Mohamed (@IStandWithAhmed) October 20, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ahmed ditahan polis selepas gurunya menyangka jam yang direkanya adalah bom pada September lalu. Penahanan itu mencetuskan kontroversi kerana dikatakan bersifat perkauman memandangkan Ahmed beragama Islam.
Susulan itu, Ahmed mendapat sokongan masyarakat dunia menerusi hashtag #IStandWithAhmed di laman Twitter.
Selain itu, perkara itu juga menarik perhatian beberapa golongan terkenal seperti Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dan pengasas Facebook, Mark Zuckerberg dengan sekaligus membuka pintu kepada pelbagai peluang seperti biasiswa pendidikan, peluang internship di beberapa syarikat teknologi terkenal.
#Ahmed Mohammed #ditahan #jam #Texas
;