Ahmed bawa jam buatan sendiri bertemu Obama hari ini

Astro Awani
Oktober 19, 2015 16:23 MYT
Ahmed, remaja Texas yang ditahan kerana membawa jam buatan sendiri ke sekolah dijangka bertemu Presiden Obama pada Selasa.
REMAJA Islam dari Texas yang mendapat perhatian dunia ekoran ditahan kerana membawa jam buatan sendiri ke sekolah dijangka bertemu Presiden Barack Obama pada Selasa (waktu tempatan), lapor CNN.
Ahmed, 14 tahun telah diundang ke Washington DC bagi menyertai Malam Astronomi di Rumah Putih yang merupakan kali kedua diadakan di kediaman rasmi Presiden Amerika Syarikat.
Susulan daripada penahanannya bulan lalu, hashtag #IStandWithAhmed trending di Twitter yang turut mendapat perhatian Obama.
Dalam satu tweet menyatakan sokongannya kepada Ahmed, Obama memuji jam yang direkanya.

Cool clock, Ahmed. Want to bring it to the White House? We should inspire more kids like you to like science. It's what makes America great.

— President Obama (@POTUS) September 16, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Malam Astronomi akan disertai oleh pelajar, guru, ahli sains dan angkasawan di negara tersebut.
##IStandWithAhmed #Ahmed #Barack Obama #White House