Ahmad Zahid lawat ibu pejabat Huawei di Shenzen

Nazri Kahar
Mei 24, 2024 14:30 MYT
Ahmad Zahid antara lain diperlihatkan inovasi terkini termasuk transformasi industri digital, AIdan teknologi bandar raya pintar di Huawei Von Neumann Exhibition Hall. - Gambar/ Mohamad Noor Fitri
SHENZEN: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Hamidi hari ini melawat ibu pejabat Huawei di sini.
Ahmad Zahid antara lain diperlihatkan inovasi terkini termasuk transformasi industri digital, kecerdasan buatan (AI) dan teknologi bandar raya pintar di Huawei Von Neumann Exhibition Hall.
Timbalan Perdana Menteri juga menyaksikan beberapa pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara Huawei Malaysia dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL).
Ahmad Zahid kini dalam lawatan rasmi pertamanya ke China selepas memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri pada Disember 2022 dan lawatan itu atas jemputan Naib Perdana Menteri China Ding Xuexiang.
#Zahid Hamidi #Huawei #China #AI
;